PULAU PERHENTIAN 💖
HAI ASSALAMUALAIKUM .
Harini nak share pasal pulau perhentian . huhuhu
Plan nak pergi ke Pulau Perhentian ni mengambil masa dua tahun tau . Lama kan ? Gilaa tak lama . Nak tunggu habis diploma punya pasei laa ni .
29 July 2019 - 31 July 2019 .
Harini nak share pasal pulau perhentian . huhuhu
Plan nak pergi ke Pulau Perhentian ni mengambil masa dua tahun tau . Lama kan ? Gilaa tak lama . Nak tunggu habis diploma punya pasei laa ni .
29 July 2019 - 31 July 2019 .
Kami dari kamunting naik bas menuju ke Kuala Besut, Terengganu. Sepanjang perjalanan ke Kuala Besut tu rasa macam tengah mimpi , seriously dapat pergi Pulau Perhentian ? Macam tak percayaa sangat . Perasaan tu bercampur happy excited . hahahaha tapi alhamdulillah kami selamat pergi dan balik . Syukur Ya Allah .
Alhamdulillah pagi 29 July 2019 kami selamat tiba di Terminal Bas Kuala Besut . Dekat jaa dari terminal nak ke jeti Kuala Besut . Dalam pukul 8 setengah macam tu kami gerak pergi jeti . Then , kena beli tiket marine park tau untuk ke Pulau Perhentian . wuuu naik bot laju gilaa weh . hahaha dalam bot kiteorang tu ramai omputih je . Ingatkan dekat la rupanya amik masa around setengah jam cenntu untuk sampai . Ya Allah rasa kagum sangat tengok keindahan ciptaan Allah . wehhh rasa legaaa sangat tenang sangat . Subhanaallah so beautiful that place .
Btw , kami stay dekat kampung nelayan . Okay laa not bad . makanan dekat kampung nelayan pun standard je tak semahal long beach . Sampai je bilik kami rest and lenaa dulu sebab petang nanti nak guna khudrat enn nak daki kincir angin . Dalam 4.30 petang, pokmat datang amik kami untuk pergi ke long beach . wehh tak sabaq gilaa nak hiking time tuu . hahaha sampai sampai tempat nak hiking tu Allahu , batu wehh . agak mencabar sikit laa mula mula nak hiking tu . sakit kaki kalau pakai selipar plus bahaya . naseb kami pakai sportshoes . So sesiapa nak hiking tu pakai la kasut sport okayy and takde la bahaya sangat . kami naik tu dalam 30 minit centu laa . maybe sebab laju kot hahaha excited enn . sampai dekat atas tu rasa woww legaa gilaa tapi tak hilang lagi penat hiking tu . lepas tengok view pulau perhentian dari atas baru rasa hilang penat tu . serious cantikk sangat . tergamam jap tengok . plus tak rasa macam stay dekat malaysia pun uhukss . so biasalah kalau dah sampai atas buat apa lagi en ? selfie laa sampai memory fon habis hahaha . then dalam pukul 630 petang tu kami pun gerak untuk turun . yelaa nanti dah gelap bahaya pulak enn . so turun awai tak kalut . Then kiteorang stay dengan long beach tu sebab nak tengok fire show . fire show start dalam pukul 9 malam centu . tapi pukul 10 malam keatas baru nampak rancakk . tapi itulah penat en plus risau orang mabuk kiri kanann . so dalam pukul 1030 malam kami gerak balik kampung nelayan . time otw balik tu sajaa tengok langit wehh banyak gila bintang . teruja jap uhuks . cantik sangat weh . kay lah dah sampai bilik mandi solat semua then tidur la en .
30 July 2019, benda yang dinanti nantikan . Iaitu snorkling . Excited tak kiraa laa en sebab nak tengok ikan ikan , shark , turtle , coral bagai . act, kiteorang tak reti berenang pun hahaha . mula mula berhenti dekat check point pertama rasa macam wowwww cantiknyaa , jernihnyaa air wehh . menyelam pun memang clear laa nampak ikan semuaa . best gilaaa wehh . mai checkpoint kedua iaitu turtle check point . hmm time ni bermula detik gelap untuk aku . tak ku sangka tak ku duga , ku hampir lemass . wehh time tu aku doa je wehh kalau Allah tarik nyawa aku . gilaa seram . Dia bagi kita terjun dekat tempat dalam gila . aku tak terfikir pun dalam ke apa . sekali turun haaa kau mendapat . tapi dapat laa jugak tengok turtle walaupun aku dah rasa tak okay lepas peristiwa tuu . then aku naik bot . aku dah rasa loyaa nak muntah dah . tapi time lepas lemas tu memang aku nak muntah dah tau time tengok turtle tu . Lepas dari checkpoint turtle tu aku tak turun dahh . aku stay jee atas bot . serious weh aku rasa pening nak muntah bagai . time pokmat bawak pergi shark point tu ,ombak kuat weh . bot pun terhuyung hayang la jawabnya makaa aku pun muntahhh hahaha lepas muntah tu aku memang lali dahh . then pokmat dengan baik hati bawak dekat satu pulau , cantik sangat bersihh . aku tanpa buang masa turun dari bot and berteduh dekat bawah pokok . aku bukak lifejaket then aku buat as bantal . lepastu aku lenaa sebab memang lali sangat wehh . lama jugak laa aku lenaa then lepas mangkit tu borak borak dengan pokmat . then tunggu hat lain habis mandi laut then balikkk bilikk . Turun dari bot pun still rasa terhuyung hayang wehh jalan pun macam apa jaa hahaha . apa apa pun tulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan .
Then petang tu kami jalan jalan dekat kampung jee . tak larat nak pergi merata sebab penat . Amik udara segar then dengar bunyi ombakk jaa dekat kampung nelayan tu sambil pekena kopok losong fuhhh terbaikkkkkkk wehhh . Time dok menikmati keindahan alam tu rasa laa sebak sebab dah nak balik en esok pagi . hmm rasa satnyaa dok situ lepastu nak balik dahh hmm dihnyaaa . Malam tu apa lagi , kemas kemas laa barang sebab pukul 8 pagi nak checkout dah . Sebab nak jalan jalan Kuala Terengganu en , kena laa awaii . Hahaha
Okayyy tu jelaa nak share . Maaf la kalau tak menarik . Yang mana nak pergi Pulau Perhentian tu kena pandai bajet laa yee terutama dari segi makanan . Sebab kalau stay long beach memang mahal wehh . nasi goreng paprik pun rm 13 huhuhu . Anyway good luck siapa yang nak pergi Pulau Perhentian tu . Have a safe journey guys !
Assalamualaikum 🙋
Comments
Post a Comment